Tuesday, August 9, 2011

05-Darrajatun

Aksi Fahim dengan basikal baru. Dah lama beli, baru sempat nak upload. Asyik merengek minta naik setiap kali tengok basikal anak jiran. Akhirnya, umi abi tunaikan juga buat anak tersayang ni!



04- Bedroom for Fahim

Nanti da masuk rumah baru, nak hias cantik-cantik bilik tidur Fahim macam kat IKEA showroom tu! i loikee it!  


Monday, August 8, 2011

03- KL Bird Park - A Yearly Event!

Melawat KL Bird Park ni dah jadi macam acara wajib setiap tahun. Tahun lepas pergi masa Fahim baru umur 2 bulan. Tahun ni masa umur dia setahun sebulan 6 hari. Hehe.

Takut-takut berani anak bujang ni

Fahim yang dah kepenatan = Tidur

Si parrot yang comel


02- 2nd degree burn

Ingat tak pernah cerita pasal fahim melecur kuah sambal yang masih menggelegak tu.

Camnilah keadaan kesayanganku selepas dihantar ke Az-Zahra. Cian anak bujang ni...Yang berbalut bagai tu (tangan kiri) yang kena tapi doc kena balut juga tangan kanan supaya tangan kanan tu tak cuba buka balutan tangan kiri tu.

Yang ni masa pergi 'dressing' kat Hospital. Si bujang ni masih tersenyum sebab belum jumpa nurse lagi buat dressing. Kesian tengok dia meraung-raung kesakitan masa luka tu kena cuci tapi habis balut je terus senyap. Tabah anak bujang umi ni!!!

01-First Entry

Salam.

Nak guna blog ni khas untuk cerita pasal fahim. 'More like' diari terbuka la, boleh catat perkembangan si bujang ni...

Suka....suka...

UmmuFahimAmzar!